Agak pelik kan bunyi tajuk entry ni. Bukan apa, sebenarnya pertanyaan ini yang acapkali mengetuk benak fikiran saya. Wah ayat saya sngt puitis di situ kakakakaa. Sepanjang saya hidup, alhamdulillah kini sudah 24 tahun, saya hanya mendengar or mengetahui bahawa anjing ( sejenis binatang) sahaja yang reti menyalak. tapi percayakah kamu, zaman sekarang manusia pun reti menyalak. (hairan kan, tp ini realitinya). Anjing or saya bagi nampak bahasa lembut dan sopan, tukar nama anjing ni pergi AN, An ni selalunya menyalak apabila dirinya rasa terancam or persekitarannya terasa merbahaya. sehinggakan, apabila disuruh diam pon dia tetap melakukan salakannya, wah ayat ak makin dramatis ni.
TAPI, zaman sekarang, ada SEGELINTIR manusia yang SELALUNYA, fahami ayat saya ya, yg selalunya tidak mendapat kejayaan or kehendaknya tidak dipenuhi acapkali 'menyalak'. Apabila merasakan kehidupannya mula kehilangan sumber2 asasi kehidupan, salakan ini akan bermula. sehinggakan apabila disuruh diam tetap menyalak. jgn salah faham ya, bukan la manusia itu menyalak seperti anjing menyalak, manusia menyalak lebih kurang macam mengamuk la, meroyan.
Bagi saya adalah menjadi hak setiap individu utk mempertahankan hak atau sumber kehidupannya, tetapi beringatla sebelum 'menyalak', jgn sampai menjatuhkan maruah sendiri. jatuhnya maruah diri bukan hanya sebab mencuri, merogol, or buat perkara2 jahat saja, mengamuk or meninggikan suara dekat public, memaki hamun sesuka hati, itu juga boleh menjatuhkan maruah diri. Jgn sampai org label kita, 'Tgk tu, manusia menyalak!'.
P/S :sebarang keterlanjuran kata, kekasaran bahasa, maaf dahulu dipinta. :D
Sekadar gambar hiasan...
pssstttt....nampak tak persamaannya?hehe


No comments:
Post a Comment